TAWARAN PENYEWAAN DI PREMIS MILIK MAJLIS DAERAH SEGAMAT
Kepada yang berminat untuk menjalankan perniagaan, Majlis Daerah Segamat menawarkan ruang / tempat / premis perniagaan untuk disewa. Tawaran urusniaga sebagaimana berikut :-
BIL | PREMIS | KUOTA | JENIS PERNIAGAAN |
1 | NO. 8, GERAI TAMAN KENAWAR | TERBUKA | MAKANAN & MINUMAN |
2 | NO. 1B, 2, 11, 19, 20, 21, 24, 25, 27, 40, 42, GERAI TERMINAL PENGANGKUTAN AWAM SEGAMAT | TERBUKA | SERBANEKA / PELBAGAI JUALAN |
3 | NO.59-A, 61, KAUNTER TIKET BAS | TERBUKA | KAUNTER TIKET BAS |
4 | NO. 1, 5, 7, 8, 9, GERAI TAMAN YAYASAN FASA 1 (BERSEBELAHAN PASARAYA BILLION) | TERBUKA | SERBANEKA / PELBAGAI JUALAN |
5 | NO. C-1, C-2, GERAI PASAR TAMAN YAYASAN | TERBUKA | PELBAGAI JUALAN |
6 | NO. 5, GERAI BUAH LEBUHRAYA SEGAMAT-KUANTAN | TERBUKA | BUAH-BUAHAN |
7 | NO. 4, GERAI SEGAMAT BARU | MELAYU | MAKANAN & MINUMAN |
Majlis Daerah Segamat menawarkan premis tersebut kepada pemohon yang berminat dan berkelayakan.
- KELAYAKAN
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan penduduk tempatan diberi keutamaan.
- SYARAT-SYARAT PERNIAGAAN
- Pemohon tertakluk kepada syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh pihak Majlis Daerah Segamat.
- CARA MEMOHON
- Permohonan hendaklah di buat dengan menggunakan Borang Permohonan Sewaan Bangunan / Premis, yang boleh diperolehi di Majlis Daerah Segamat secara percuma.
- TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah Segamat, sebelum atau pada 23 SEPTEMBER 2015 (Rabu) jam 12.00 tengahari.
- PEMILIHAN
- Hanya permohonan yang lengkap dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.