To ensure development in Council's areas comply with the legislation and regulations. To complete that duty, development control which includes activities such as approval for layout plans, approval for earthwork plans, Infra plans, building plans, landscape plans, certificate of fitness and enforcement are implemented.
To control business activities which operate in MDS area; business control duties cover all types of license issuances, reforms, suspensions, terminations, appeals and enforcements.
One of the SDC's main profit is by collecting assessment tax, thus assessment tax management must be run smoothly; management activity starts with evaluation identification of present property, bills production and payment collection.
Provision and Maintenance Infrastructure and Public Facilities Project is also is one of MDS's main functions; activities start with planning, designing (either by own or done by vendor), construction turnovers, monitoring project, delivery and defect periods and other related activities.
Fungsi Dan Peranan Jabatan/Unit
Menyediakan perkhidmatan pentadbiran am dan perhubungan kepada warga kerja, bahagian-bahagian dalam MPS, jabatan-jabatan kerajaan serta orang awam bagi meningkatkan tahap profesionalisme selaras arahan perkhidmatan dan pekeliling kerajaan.
Ia juga bertanggungjawab dalam pengurusan sumber manusia yang meliputi urusan pengambilan, latihan dan kompetensi, tatatertib dan disiplin, rekod perkhidmatan dan juga urusan pencen atau penamatan perkhidmatan.
Menyediakan perkhidmatan perakaunan yang meliputi bayaran dan kawalan perbelanjaan serta kutipan kepada warga kerja dan juga bahagian-bahagian MPS secara menyeluruh bagi memastikan pengurusan kewangan yang cekap selaras dengan peraturan kewangan yang sediada.
Mengawal pembangunan dengan memproses permohonan-permohonan pelan bangunan, pelan kerja tanah, jalan dan perparitan dan juga pelan tambahan dan ubahan.
Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk projek-projek pembangunan bagi kesejahteraan dan kemudahan penduduk dalam kawasan MPS. Selain itu, jabatan ini juga bertanggungjawab menyelenggara jalan, parit dan lampu jalan dalam harta-harta yang berada dalam seliaan MPS.
Menjalankan penilaian yang adil dan saksama serta menguruskan harta-harta dengan cekap untuk meningkatkan hasil MPS secara keseluruhan dan mengurangkan tunggakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada. Jabatan ini juga dipertanggungjawabkan untuk mengurus harta-harta MPS.
Menentukan tren dan corak pembangunan dalam kawasan MPS supaya teratur, terancang, terkawal dan bersistematik bagi menjamin keselesaan, keharmonian dan juga kesejahteraan warga MPS selain memastikan setiap pembangunan menitikberatkan nilai-nilai keseimbangan ekosistem.
Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk memastikan keindahan dan kawasan MPS dengan landskap yang mempunyai unsur-unsur kehijauan, pokok-pokok berwarna-warni dengan susunatur landskap yang unik dan menarik bagi dalam usaha untuk meningkatkan daya tarikan kawasan MPS kepada penduduknya mahupun para pelabur luar.
Selain itu, jabatan ini juga bertanggungjawab menyelenggara pokok-pokok dalam kawasan MPS.
Menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang menjamin kesejahteraan penduduk dalam kawasan Pentadbiran MPS. Ia juga bertanggungjawab untuk melaksanakan tindakan undang-undang dan penguatkuasaan dengan lebih cekap, berdisiplin dan berhemah.
Jabatan ini juga fungsinya telah digabungkan bersama Bahagian Pelesenan bermula pada 1 Januari 2019. Jabatan ini bertanggungjawab untuk melesenkan semua aktiviti perniagaan dalam kawasan MPS bagi memastikan aktiviti perniagaan dalam keadaan yang teratur.
Jabatan ini mempunyai peranan dalam mengawal dan memantau tahap kesihatan dan kebersihan dalam keadaan yang baik bagi mewujudkan suasana persekitaran yang sihat dan selesa.
Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk menangani aduan berkaitan anjing liar dan ulat bulu yang berada dalam kawasan MPS.
Bertanggungjawab menganjur dan menyelaras program-program yang melibatkan masyarakat setempat di kawasan MPS. Memberi perkhidmatan dan menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan Perpustakaan Awam MPS.
Menguruskan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dan menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada penduduk miskin e-kasih di dalam kawasan MPS.
Memastikan setiap aduan yang diterima mendapat perhatian yang sewajarnya. Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat kepada orang ramai berkaitan MPS.
Meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan imej jabatan dari semasa ke semasa.
Menerima cadangan permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah dan pelan landskap dari pemohon. Meneliti sama ada cadangan pemajuan yang diterima yang memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT.
Melaksanakan dan menguatkuasakan Akta-akta dan Undang-undang Kecil yang digunapakai oleh Majlis bagi mewujudkan masyarakat yang mempunyai kesedaran dan mematuhi undang-undang serta memastikan masyarakat mendapat faedah penghidupan yang lebih selesa melalui penguatkuasaan undang-undang.
Menilai, memeriksa, mengesahkan dan melaporkan tahap kepatuhan pengurusan kewangan dan pentadbiran MPS ke atas Undang-undang, Pekeliling, Peraturan dan Polisi yang telah ditetapkan dari masa ke semasa oleh Pihak yang Berkuasa dan pihak Pengurusan Tertinggi MPS.