Skip to main content
Share it
img

Program Anugerah Sekolah Hijau merupakan program pengauditan alam sekitar bagi sekolah-sekolah di sekitar Majlis Perbandaran Segamat ke atas Laporan Pemeliharaan Alam Sekitar dan Pelan Penambahan yang disediakan oleh pelajar.

Pelaksanaan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk bekerja sebagai satu pasukan dalam memelihara alam sekitar di peringkat sekolah.

Anugerah Khas akan diberikan berdasarkan kepada kriteria yang berikut:-

  1. Kitar Semula
  2. Inovasi dan Kreativiti
  3. Kebersihan dan Penghijauan
  4. Penglibatan Komuniti

Penganugerahan ini berasaskan kepada pendekatan secara holistik bagi pengurusan alam sekitar dan menggalakkan penambahbaikan berterusan melalui pengurangan sisa-sisa, pemeliharaan sumber dan lain-lain lagi.

Pihak Sekolah adalah digalakkan menyertai penganugerahan ini sebagai tanda sokongan kepada usaha penjagaan alam sekitar. Penyertaan ini boleh dilakukan dengan melengkapkan borang penyertaan yang dikemukakan bersama ini.

 

 

img


Perkhidmatan Bas Muafakat Johor merupakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat serta di kendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup warganegara dan memberikan kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah dikenalpasti.

Bas Muafakat Johor dilengkapi dengan Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan Kemudahan Internet Percuma (WIFI). Bagi mendapatkan perkhidmatan Bas Muafakat ini, pengguna perlu mendaftar dan mendapatkan Kad Muafakat Johor.

Pendaftaran Kad Muafakat Johor boleh dibuat di pejabat pengurusan Yow Hoe Bus & CO (berhampiran bangunan Segamat Store & Agency).
 

img

 

                                imgimg

 

Dasar Perbandaran Negara Kedua

APLIKASI PLANMALAYSIA