Night Market License
Maklumat Umum
Adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 119 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171, atas mana-mana undang kecil yang berkaitan jika seseorang itu menjalankan perniagaan tanpa lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (dlm hal ini Majlis Perbandaran Segamat). Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM 2000.00 atau penjara tidak lebih dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Keperluan Permohonan
Setiap permohonan perlu mengandungi perkara-perkara di bawah :-
- Satu (1) keping Gambar Berukuran Pasport (dilekatkan pada borang permohonan)
- Gambar lokasi / Pelan / Koordinat
- Surat kebenaran pemilik tanah / pemegang rezab / perjanjian yang sah
- Gambar Kenderaan
- Salinan Geran Kenderaan
- Salinan Sijil Suntikan TY2 (Pengendali makanan sahaja)
- Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan