Langkau ke kandungan utama
Kongsikan
LOOGO

 

KADAR BAYARAN PENGGUNAAN DEWAN MILIK MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT

BILNAMA DEWAN

KADAR SEWA

(RM/HARI)

KERJA PERSIAPAN 

(Selepas jam 12.00 tengahari sehari sebelum)

KERJA MENGEMAS

(Sebelum jam 12.00 tengahari sehari selepas)

DEPOSIT KEBERSIHAN

(RM)

KADAR SEWA GELANGGANG BADMINTON

(RM/JAM)

1DEWAN SERBAGUNA SEGAMAT2,000.00600.00600.00500.00 
2DEWAN MUAFAKAT TAMAN YAYASAN2,000.00600.00600.00500.00 
3DEWAN JUBLI INTAN SULTAN IBRAHIM1,500.00600.00600.00500.00 
4DEWAN SERBAGUNA JEMENTAH1,000.00300.00300.00500.008.00
5DEWAN SERBAGUNA TAMAN UTAMA1,000.00300.00300.00500.00 
6DEWAN SERBAGUNA KG JAWA1,000.00300.00300.00500.008.00

*Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat berkuasa untuk mengurangkan atau menambahkan bayaran sewa yang telah ditetapkan atau melepaskan bayaran tersebut mengikut budibicaranya.

Cara Pemohonan :

  • Majukan surat permohonan menyewa kepada Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Segamat selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh kegunaan.

 

Peraturan Penggunaan Dewan Majlis Perbandaran Segamat

  • Semua bayaran sewaan hendaklah dijelaskan sebelum menggunakan Dewan.
  • Sila bawa bersama salinan resit bayaran yang bercetak komputer sahaja semasa hendak menggunakan Dewan.
  • Pengguna mesti bertanggungjawab ke atas kebersihan dan keselamatan peralatan yang terdapat di dalam dan di luar dewan semasa dan selepas penggunaan.
  • Pengguna dilarang keras membawa masuk sebarang makanan/minuman yang haram di sisi agama islam atau apa-apa yang boleh merosakan/mengotorkan dewan.
  • Pihak Majlis Perbandaran Segamat berhak membatalkan penggunaan dewan tanpa memberi sebarang sebab.
  • Sebarang syarat -syarat peraturan yang ditetapkan tertakluk kepada pindaan Majlis Perbandaran Segamat.

PERINGATAN: Majlis Perbandaran Segamat  tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa penyewaan dan harta benda pengguna semasa menggunakan dewan-dewan MPS.

Bagi Badan-badan Berkanun Kerajaan yang ingin menggunakan dewan-dewan MPS perlulah membuat permohonan secara rasmi kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat.