Apa perbezaan Cukai Taksiran dan Cukai Tanah
Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.
Jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sebaliknya, jika anda menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hakmilik berasingan atau tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar cukai taksiran
Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.
Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu :
- ½ tahun pertama – 1hb. Januari hingga 28hb. Februari.
- ½ tahun kedua – 1hb. Jul hingga 31hb. Ogos bagi tiap-tiap tahun.
Cukai taksiran yang dibayar selepas tarikh akhir pembayaran akan dikenakan caj 1% sebulan atau sebahagian daripadanya.
Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan –tindakan seperti berikut :
Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 1 hari daripada tarikh notis. Denda sebanyak 2% daripada baki tunggakan akan dikenakan kepada anda mengikut Seksyen 147(1).
*Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan keatas anda. Waran ini membolehkan Majlis merampas barang-barang yang ada di dalam bangunan atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151.
Bayaran waran sebanyak 10 peratus juga akan dikenakan.
Perbaharui Lesen Perniagaan dan Iklan
- Satu keping gambar berwarna berukuran passport
- Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api (bomba)
- Salinan sijil kursus asas pengendali makanan yang sah (perniagaan makanan & minumun sahaja )
- Sijil suntikan kesihatan (ty2) untuk pelesen & pembantu-pembantu (perniagaan makanan & minumum sahaja)
- Salinan bil cukai taksiran yang telah dijelaskan setengah tahun kedua 2009
- Lesen asal 2010/ lesen papan iklan 2010
- Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)
- Syarikat perniagaan atau perniagaan tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)
- Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan lesen premis dengan mengemukakan bersama dokumen pra-syarat seperti berikut:
- 1 Salinan Pendaftaran Syarikat/Perniagaan/Pertubuhan (Borang 9 & 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan & pemilik)
- 1 Salinan kad pengenalan / pasport pemohon
- 1 Visual iklan papan tanda berwarna dan gambar lokasi pemasangan iklan (Jika berkenaan)
- Premis perniagaan yang dilesenkan hendaklah digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti yang tercatit dalam lesen.
- Lesen perniagaan hendaklah sentiasa di pamerkan di tempat / di dinding yang mudah di lihat.
- Aktiviti perniagaan hendaklah di jalankan dalam premis sahaja dan dilarang sama sekali menggunakan kaki lima atau kawasan persekitaran.
- Bangunan premis yang di lesenkan tidak boleh diubahsuai tanpa kebenaran. Sila hubungi Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan untuk tujuan tersebut.
- Kebersihan hendaklah sentiasa dijaga samada didalam /di luar bangunan.
- Mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikam aktiviti perniagaan yang di jalankan tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar, kacauganggu bunyi, bau busuk dan halangan.
- Tong sampah yang mencukupi di sediakan dan sampah sarap hendaklah di masukkan ke dalam beg-beg plastik sebelum di buang ke dalam tong.
- Pemeliharaan binatang di dalam premis seperti anjing, kucing, ayam dan sebagainya adalah di larang.
- Premis yang di gunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat asas Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan perancang atau Perintah pembangunan (development order- DO).
- Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas bahagian Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan pelan bangunan dan sijil layak menduduki bangunan(CF / TCF).
- Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Jabatan Kesihatan.
- Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak keselamatan Jabatan bomba Malaysia.
- Mengadakan Sistem Kawalan Keselamatan Kebakaran.
- Bangunan di tingkat satu keatas yang mempunyai tangga tunggal tidak dibenarkan menjalankan perniagaan.
- Premis untuk kegunaan bagi aktiviti- aktiviti perniagaan tertentu seperti premis untuk hiburan hendaklah mendapat sokongan Jabatan Polis.